Monday, November 17, 2008

KE ARAH RE-UNION RK-SMS

Salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat yang telah sama-sama mendoakan kejayaan saya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh pada pemilihan 2 Nov. yang lalu.
Untuk makluman sahabat2, satu perjumpaan telah diadakan antara beberapa sahabat kita iaitu Lebai Jamiri, azri, basri & abu hassan di KL bagi membincangkan perkara berkaitan reunion kita. perkara-perkara yang dibincangkan antaranya seperti berikut:-
Penubuhan J/K penganjur yang terdiri daripada:-
1. Jamiri @ Lebai b. Hj.Sainan
2. basri Tan
3. Azri Mohd Nor
4. Abu hassan
5. Megat asri
Keahlian akan difikirkan kemudian.
Tarikh perjumpaan ialah pada 7 Disember 2008, hari ahad minggu pertama disember 2008.
Tempat perjumpaan di Bentong dan tempatnya akan ditetapkan oleh Lebai.
Objektif perjumpaan:-
1. menemukan semula rakan0rakan seperjuangan sewaktu di SMS 1982-1986
2. mendapatkan idea-idea daripada rakan-rakan seperjuangan bagaimana kita dapat membantu antara satu sama lain khususnya dalam membangunkan ekonomi kekeluargaan.
Agenda Perjumpaan:-
1. ucapan pengerusi sementara
2. sessi perkenalan semula
3. pembentangan kertas kerja selama 15 minit. J/K memerlukan penglibatan rakan-rakan untuk mengemukakan idea-idea untuk dibincangkan dalam bentuk persembahan demi membangunkan ekonomi kekeluargaan. Rakan-rakan yang berminat untuk membuat persembahan adalah amat dialu-alukan dan mohon dimaklumkan terus kepada AJK Penaja dengan kadar segera.
4. membuat kesimpulan ke atas cadangan-cadangan yang dikemukan.
5. menamakan persatuan dan penubuhan j/kuasa
6. sessi bergambar
7. makan tengahari ( cepat, siapa nak jadi penaja...)
8. solat zohor berjemaah ( diimamkan oleh Lebai la yer...)
9. bersurai
Mana-mana rakan yang hendak membawa keluarga boleh berbuat demikian, namun mereka tidak boleh hadir sewaktu mesyuarat dijalankan.
Kerjasama sahabat semua untuk memaklumkan kehadiran selewat-lewatnya pada 23 Nov.2008 kepada mana-mana AJK penganjur adalah amat diharapkan bagi memudahkan urusan penempahan tempat dan persiapan makan. kos perbelanjaan tempat mesyuarat, makan minum akan ditentukan kemudian seminggu sebelum hari perjumpaan.
Sekian, dimaklumkan...

1 comment:

azrimn@aji said...

Assalamualaikum rakan-rakan RK semuanya. Untuk first meeting yg dicadangkan itu tak lah menjadi masalah bagi saya untuk menyertainya. Cuma yg terkilannya kepada rakan-rakan RK yg tak dapat info pasal meeting ni. Yang berusaha Lebai kita dah kasi tau semua ke? Date tu sehari sebelum raya haji....tak der masalah ke? Aku tak der masalah...insyaallah datang.
azrimn