Wednesday, June 4, 2008

SIKAP PEMANDU KENDERAAN DI MALAYSIA

Melalui pengamatan saya, dapat dilihat beberapa sikap buruk dan sambil lewa para pemandu kenderaan di negara kita. Mungkin ini juga menyumbang kepada berlakunya kemalangan jalanraya.
i.Memakai talipinggang keledar hanya bila diketahui melalui isyarat lampu daripada pemandu yang bertentangan jalan bahawa ada sekatan jalanraya di hadapan .
( Tak takut mati tapi takut Polis Trafik atau JPJ )
ii. Tidak menyalakan signal atau lambat menyalakannya apabila ingin masuk atau keluar ke mana-mana arah daripada jalan yang dilalui.
( Akibatnya akan disumpah seranah oleh pemandu yang mengekori di belakang atau jika di simpang jalan, oleh pemandu yang tertunggu arah haluan kenderaan tersebut.)
iii. Tidak menyalakan lampu walaupun cuaca telah mulai gelap atau sewaktu hujan lebat sehingga jarak penglihatan terhad.
( Mungkin dia masih boleh nampak arah jalan tetapi kenderaan yang mengekori di belakang atau yang datang dari arah bertentangan mungkin tidak dapat melihat dengan jelas kenderaan tersebut. Mungkin juga dia ingat bila pasang lampu, lebih minyak akan digunakan. Bebal....)
iv. Terus memandu dengan amat perlahan di lorong sebelah kanan walaupun telah diekori rapat oleh kenderaan di belakang.
( Dengan selambanya terus memandu di lorong sebelah kanan sambil bersantai-santai walaupun kenderaan di belakang sudah menyalakan lampu untuk memotong. )( Biasanya wanita..jangan marah )
Memang banyak lagi sikap buruk pemandu di Malaysia ni, tapi tiga sebab terakhir di atas pasti amat menyakitkan hati pemandu lain yang mengalami situasi ini.
TAPI INGATLAH ' SABAR SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN '

3 comments:

Another blog by AAJ said...

Salam,

Kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia: pandulah dengan penuh hemah. Jangan bawak laju-laju, minyak dah mahal, nanti kos kain kapan pun meningkat.

Takkan paklah nak tanggung semua untuk kita? Paklah nak pimpin keluarga dia dulu. Rakyat ni tak pe, kena hidup berdikari, jagalah keluarga kita baik-baik. Jangan bazirkan walau apapu.

chermpaka said...

Salam,
Corak pemanduan di Malaysia ni sebenarnya adalah sama tarafnya tanpa prejudis kepada jantina mahupun kaum. Kalau kita merasakan wanita bukan pemandu yang sebaik lelaki, itu adalah lumrah pemikiran orang lelaki. Rasanya x pernah lagi terdengar lelaki mengakui @ mengiktiraf corak pemanduan wanita. Namun rasionalnya rata-rata kemalangan yg berlaku (sila rujuk statistik) saya yakin pemandu lelaki lebih banyak terlibat dengan kemalangan. Memandangkan spesis lelaki kian pupus, marilah kita bersama-sama muhasabah diri dan menjadi pemandu yang berhemah untuk menyelamatkan spesis yang semakin terancam.

Unknown said...

Saudara mma,

PAKU DI HATI....

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku
sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah,
ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

"Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita."


Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... .
Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... ..
Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti.

assalamualaikum. ....